Herbaworks diasaskan oleh Tuan Ikhwan Ilyas pada Ogos 2014, memberi fokus dalam bahagian operasi, jualan, pemasaran & logistik bertempat di No 2-3, Jalan Setia Utama As U13/As, Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam.
 
Perniagaan yang dimulakan dengan modal sendiri dan majoriti dibelanjakan dalam bahagian pembangunan produk di kilang bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP) serta mempunyai persijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI). Herbaworks telah berkembang dengan pesat sepanjang 7 tahun dalam bahagian kesihatan & kecantikan dan mempunyai pelanggan pelbagai kaum dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia & Brunei.

Kini Herbaworks terdiri daripada pasukan mantap seramai hampir 100 orang pekerja dan beroperasi di Malaysia (5 cawangan di Semenanjung Malaysia) dengan berpusat di Herbaworks Tower, Setia Alam sebagai HQ. Objektif kami adalah untuk menjadi salah satu syarikat yang memainkan peranan penting dalam masyarakat bagi membantu dari segi penjagaan kesihatan & kecantikan.