FAQ

1. Kena kerja kat office ke?

Boleh kerja di mana-mana , asalkan ada internet..kecuali dikehendaki untuk training di pejabat atau di bilik seminar.

2. Ada slip gaji ?

Tiada, tetapi kami akan berikan baucer bayaran (PV) untuk elaun dan komisyen.

3. Boleh claim topup ?

Boleh, limit RM10 seorang setiap bulan untuk memastikan nombor tidak tamat tempoh.

4. Phone ni kena bawa ke mana-mana ke ?

Ya betul, kena jaga telefon ni sebaik mungkin.

5. Boleh bawa phone balik kampung tak?

Boleh, tapi bergantung kepada pencapaian jualan dan internet di kampung.

6. Boleh jual dekat sedara-mana sendiri ke ?

Boleh, sangat digalakkan.

7. Kena face-to-face customer tak ?

Tak perlu, jual online sahaja.

8. Bayaran elaun / komisyen macam mana..cash ke transfer? Setiap hari ke sebulan sekali?

Transfer ke akaun bank, pada setiap 13 haribulan.

9. Ada training disediakan ?

Ya, training lengkap disediakan.

10. Saya tak pernah ada pengalaman buat sales, boleh join ke ?

Boleh, tak ada masalah..kami sediakan training yang lengkap.

11. Ada target sales ?

Ada target sales, tapi jangan risau, target sales sangat rendah dan kami carikan potential customer.

12. Saya kena cari customer sendiri ke?

Tak perlu, kami carikan potential customer, hanya perlu reply whatsapp customer sahaja.

13. Berapa lama tempoh percubaan ye ?

Seminggu. Dalam tempoh seminggu pertama perlu ada jualan.

14. Customer kena transfer duit dekat akaun bank saya ke?

Tidak, customer terus buat pembayaran ke akaun bank Herbaworks sahaja.

15. Saya kena bayar apa-apa ke kalau nak join ni..

Tak perlu, tiada bayaran yuran dikenakan.

16. Boleh ke kalau saya nak try, tapi tak nak buat time musim exam ?

Boleh, tapi perlu serahkan semula telefon ke office.

17. Saya kena promote guna fb/ig saya sendiri ke?

Tak diwajibkan, tapi boleh je kalau nak promote sendiri untuk tambah sales.  

18. Kena pegang stok tak?

Tak perlu, kami akan pos dari HQ Setia Alam Selangor..hanya perlu key in order dalam sistem sahaja.

19. Kalau phone tu hilang, kena ganti ke?

Denda akan dikenakan sekiranya hilangkan atau rosakkan telefon kerana dalam phone tersebut ada data customer.

20. Adakah saya perlu on telefon setiap hari?

Ya, telefon perlu di on setiap hari dan pastikan sentiasa ada internet.

21. Boleh ke buat pada hari yang saya free sahaja?

Tak boleh, sekurang-kurangnya reply whatsapp customer dalam tempoh 12 jam. Tetapi, kalau ada kelas pada siang hari, HQ akan memberi nombor potential customer pada waktu malam.

22. Perlu on internet sepanjang masa ke?

Ya, kerana customer akan contact menggunakan Whatsapp.