Siapa yang sesuai untuk menggunakan Haeric Hair Tonic ?
Wanita atau lelaki yang inginkan rambut yang lebih lebat dan bermaya serta kulit kepala yang lebih sihat.

Apakah jenis rambut/kulit kepala yang sesuai untuk menggunakan Haeric Hair Tonic ?
Haeric Hair Tonic sesuai digunakan untuk semua jenis rambut/kulit kepala samada kulit kering atau berminyak.

Bagaimana cara penggunaan Haeric Hair Tonic ?
Jika penggunaan produk ini adalah selepas mandi, keringkan rambut kemudian, spray Haeric Hair Tonic pada kulit kepala dan lakukan sedikit urutan pada kulit kepala secara perlahan-lahan. Selepas spray, ianya tidak perlu dibilas. Boleh spray 2 kali sehari, pada waktu pagi dan sebelum tidur pada waktu malam. Nak kesan lagi pantas spray 5 kali sehari.

Berapa lama boleh nampak kesan ?
Kulit kepala akan menjadi kurang gatal sebaik sahaja menggunakan Haeric Hair Tonic. Kesan positif yang lain rambut kurang gugur, kelemumur berkurangan, anak rambut mula tumbuh mampu dilihat seawal seminggu penggunaan produk ini. Apapun, keberkesanan produk bergantung kepada individu.

1 botol Haeric Hair Tonic tahan untuk berapa lama ?
1 botol Haeric Hair Tonic mempunyai isipadu 50ml dan mampu bertahan untuk satu bulan penggunaan jika mengikut cara penggunaan yang dicadangkan, namun ianya bergantung juga pada kekerapan dan cara penggunaan individu.

Adakah Haeric Hair Tonic akan memberikan kesan sampingan yang negatif ?
Haeric Hair Tonic diformulasi daripada bahan-bahan semula jadi. Oleh itu, ianya selamat untuk diguna dan tiada kesan sampingan. Produk ini juga bebas daripada bahan-bahan berbahaya seperti merkuri, paraben, formaldehydes dan sulphates.

Adakah kulit kepala akan menjadi berminyak setelah menggunakan Haeric Hair Tonic ?
Tidak. Kandungan Jojoba Oil yang terdapat dalam produk ini membantu mengawal penghasilan minyak yang berlebihan oleh kulit kepala. Selain itu, produk ini juga cepat meresap ke dalam kulit kepala tanpa meninggalkan kesan berminyak.
Adakah Haeric Hair Tonic sesuai digunakan oleh ibu mengandung, menyusukan anak dan berpantang ?
Ya, sangat sesuai.

Apakah yang perlu dilakukan jika sedang meggunakan produk tonik rambut lain dan mahu bertukar kepada Haeric Hair Tonic ?
Anda dinasihatkan untuk menghentikan dahulu penggunaan tonik rambut lain selama seminggu sebelum menggunakan Haeric Hair Tonic. Ini bagi memastikan kulit kepala anda kembali pada keadaan natural dan mengelakkan sebarang tindak balas antara produk tonik yang terdahulu dengan Haeric Hair Tonic.

Bolehkah Haeric Hair Tonic digunakan bersama produk rambut lain contohnya shampoo dan perapi rambut ?
Boleh. Shampoo atau perapi rambut boleh digunakan sebelum menggunakan Haeric Hair Tonic.

Adakah Haeric Hair Tonic memberikan bau tengik/bau yang tidak menyenangkan pada rambut dan kulit kepala setelah digunakan ?
Tidak. Walaupun Haeric Hair Tonic ini berasaskan minyak, ianya tidak memberikan bau tengik atau sebarang bau yang tidak menyenangkan. Malah, Haeric Hair Tonic mempunyai bau yang sungguh wangi dan juga memberikan rasa sejuk/cooling effect pada kulit kepala anda.

Bolehkah Haeric Hair Tonic digunakan secara berterusan?
Ya. Haeric Hair Tonic boleh digunakan secara berterusan kerana ianya diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi yang mana ianya tidak akan mendatangkan kesan negatif.

Apakah tips tambahan semasa menggunakan Haeric Hair Tonic ?
1. Kurangkan penggunaan hair-dryer suhu panas.
2. Bersihkan rambut dan kulit kepala dengan kerap.
3. Elakkan menggunakan produk rambut yang mempunyai bahan berbahaya seperti sulphates, formaldehydes, paraben dan merkuri.
4. Bersenam dan kurangkan stress.